Saturday, December 7, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendidikan universiti percuma di Sarawak bermula 2026

    SIMANGGANG, 1 OKT – Pendidikan percuma peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak untuk anak jati negeri itu dijangka dapat dilaksanakan pada 2026, kata Premiernya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

              Beliau berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepada beliau untuk menetapkan jangkaan itu dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) oleh kerajaan negeri.

              “Saya boleh katakan 2026 (untuk menyediakan pendidikan universiti percuma) sebab saya telah congak-congak kekuatan ekonomi kita akan lebih kuat pada 2026. Kalau 2022 pendapatan negeri dah bertambah hingga (RM)12 bilion, pengiraan (saya) tahun ini kemungkinan kita memecahkan rekod (pendapatan) 2022,” katanya.

              Berucap pada majlis penutupan Pesta Benak Edisi ke-20 di sini hari ini, beliau berkata hasrat menyediakan pendidikan peringkat tinggi percuma ini adalah untuk memastikan lebih ramai lagi anak Sarawak berkelayakan dan berkemampuan menggunakan teknologi baharu untuk memacu pembangunan negeri ini.

              “Kita sudah ada sovereign fund (dana berdaulat) untuk masa depan kita dan bakinya akan kita tumpukan kepada pendidikan anak kita dan juga memantapkan ekonomi kita dan juga kita membangunkan lagi infrastruktur kita,” katanya. – Bernama

     

    Foto haisan freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda