Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pendigitalan pemangkin utama bantu pemulihan PMKS APEC

    BANGKOK, 18 NOV – Pendigitalan menjadi pemangkin utama dalam memudahkan pemulihan dan pertumbuhan mampan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

    Mohd Zuki, yang berada di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) tahun ini sebagai Wakil Khas Perdana Menteri berkata, pendigitalan itu sendiri tanpa pemboleh yang patut diberi perhatian, seperti keterangkuman, mungkin tidak mencukupi dalam menyediakan daya tarikan yang diperlukan untuk PMKS berkembang, matang dan meningkatkan rantaian nilai. “Pada peringkat awal, kita perlu memajukan literasi digital dan keupayaan PMKS kita.

    “Bagi tujuan itu, kerajaan perlu bekerjasama dengan wakil sektor swasta seperti Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) untuk mengenal pasti jurang dalam kemahiran digital PMKS kita dan berusaha ke arah penyelesaian pragmatik yang sesuai bagi menangani kekurangan ini,” katanya dalam nota intervensi pada Dialog ABAC dengan Pemimpin Ekonomi APEC di sini hari ini.

    Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha mempengerusikan Dialog ABAC dengan Pemimpin Ekonomi APEC di Queen Sirikit National Convention Centre di Bangkok.

    Mohd Zuki berkata ekonomi APEC perlu terus melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja dalam sektor PMKS.

    “Langkah-langkah ini akan membolehkan pekerja dalam sektor sedemikian melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang betul dan pengetahuan teknikal serta memudahkan lagi penyepaduan mereka ke dalam ruang yang semakin digital untuk firma dan perniagaan yang lebih kecil,” katanya. – Bernama

    Tan Sri Mohd Zuki Ali tiba di Queen Sirikit National Convention Centre in Bangkok untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ke-29. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...