Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Cape Town, polis bertempur demi makanan

    CAPE TOWN, 15 APRIL – Polis Afrika Selatan semalam menembak peluru getah dan gas pemedih mata dalam pertempuran dengan penduduk bandar Cape Town berhubung akses kepada bantuan makanan ketika perintah berkurung koronavirus.

    Ratusan penduduk yang marah bertempur dengan polis, melontar batu dan mendirikan sekatan di jalan raya dengan tayar bakar di Mitchells Plain disebabkan makanan yang tidak dihantar.

    “Kami mempunyai anak kecil. Kami mahu makan. Mereka juga mesti makan,” kata penduduk dan ibu Nazile Bobbs.

    “Mereka berkata kami akan menerima bungkusan, di manakah bungkusannya? Berapa lama kami dikenakan perintah berkurung?”

    Afrika Selatan berada di tengah perintah berkurung lima minggu untuk mengawal penularan koronavirus yang setakat ini telah menjangkiti lebih daripada 2,400 orang.

    Presiden Cyril Ramaphosa telah berjanji akan menyediakan keperluan asas seperti air dan bekalan makanan kepada penduduk paling miskin di Afrika Selatan.

    Pemimpin komuniti Liezl Manual berkata orang yang keluar dari rumah mereka ‘teringin tahu’ di mana bungkusan makanan yang dijanjikan. – AFP

    Penduduk Mitchell Plain di Cape Town, Afrika Selatan bertempur dengan polis dalam bantahan terhadap pengagihan makanan kepada golongan miskin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda