Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk diminta tidak berburu di kawasan Eksesais Haringgaroo

    SIBU, 4 OKT – Briged Kesembilan Infantri Malaysia akan melaksanakan Eksesais HARINGGAROO Siri 74/2024 di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Australia (TDA) mulai 17 hingga 31 Oktober 2024.

    Latihan bilateral Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (TDM) dan Rifle Company Butterworth (TDA) itu akan dilaksanakan di kawasan am Sibu-Stapang-Nanga Sekuau.

    Sehubungan itu, Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam satu kenyataan di Sibu hari ini menasihati pengguna jalan raya, pemilik kawasan ladang, kebun dan penduduk setempat agar tidak melakukan sebarang aktiviti pemburuan binatang atau lain-lain aktiviti di kawasan latihan.

    Ia bagi menjamin keselamatan latihan yang dilaksanakan. Panglima 9 Briged Infantri Malaysia, Brig Jen Ahmad Norzaini Badrun mengatakan bahawa objektif utama latihan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan di antara TDM dan TDA dalam memperkasakan latihan bersama.

    Beliau memohon warga tempatan dan penduduk kampung di sekitar kawasan latihan supaya memberi kerjasama baik kepada pasukan tentera yang sedang berlatih. – Bernama

    Penduduk setempat dinasihati untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pemburuan binatang.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda