Tuesday, April 8, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk dipindah sebelum letupan stesen janakuasa

    DORTMUND, 6 APRIL – Kira-kira 830 penduduk di kawasan sekitar stesen janakuasa arang batu yang telah ditutup di Ibbenburen, barat Jerman, dipindahkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja perobohan menggunakan letupan hari ini, menurut pihak berkuasa tempatan, Agensi Berita Jerman(dpa).

    Penduduk yang terlibat akan ditempatkan di sebuah pusat khas sehingga kerja-kerja itu selesai.

    Letupan dijadualkan meruntuhkan bangunan rumah dandang setinggi 120 meter diikuti dengan menara penyejuk setinggi 125 meter.

    Jurucakap polis memaklumkan proses pemindahan itu berjalan mengikut jadual tanpa sebarang insiden.

    Tapak bekas stesen janakuasa di Jerman bakal dibangunkan semula menjelang musim panas 2026 sebagai sebuah pencawang elektrik. Projek itu bertujuan menukar tenaga angin dari Laut Utara untuk disalurkan terus ke grid elektrik negara. –Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda