Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk dunia meningkat 75 juta tahun 2023

    WASHINGTON, 29 DIS – Penduduk dunia meningkat sebanyak 75 juta orang sepanjang tahun lalu dan pada Hari Tahun Baharu ia akan berjumlah lebih 8 bilion orang, menurut angka yang dikeluarkan oleh Biro Banci Amerika Syarikat (AS) semalam.

    Kadar pertumbuhan di seluruh dunia pada tahun lalu mencecah kurang satu peratus. Pada permulaan 2024, 4.3 kelahiran dan dua kematian dijangka di seluruh dunia setiap saat, menurut angka Biro Banci.

    Kadar pertumbuhan untuk AS pada tahun lalu ialah 0.53 peratus, kira-kira separuh daripada angka di seluruh dunia. Namun AS menambah 1.7 juta orang dan akan mempunyai populasi pada Hari Tahun Baharu seramai 335.8 juta orang.

    Jika kadar semasa berterusan sehingga penghujung dekad, 2020an mungkin menjadi dekad yang paling perlahan berkembang dalam sejarah AS, menghasilkan kadar pertumbuhan kurang daripada 4 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 2020 hingga 2030, kata William Frey, seorang ahli demografi di The Brookings Institution.

    Dekad yang paling perlahan berkembang pada masa ini adalah selepas Kemelesetan Besar pada tahun 1930an, apabila kadar pertumbuhan mencatat 7.3 peratus.

    “Sudah tentu pertumbuhan mungkin meningkat sedikit apabila kita meninggalkan tahun-tahun pandemik. Tetapi ia masih sukar untuk mencapai 7.3 peratus,” kata Frey.

    Pada permulaan tahun 2024, AS dijangka mengalami satu kelahiran setiap sembilan saat dan satu kematian setiap 9.5 saat.

    Walau bagaimanapun, penghijrahan akan menghalang populasi daripada menurun.

    Gabungan kelahiran, kematian dan penghijrahan antarabangsa akan meningkatkan populasi AS sebanyak seorang setiap 24.2 saat. – AP

    Orang ramai bersiar-siar di pusat bandar Chiado di Lisbon pada 23 Disember 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda