Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air

    ALOR GAJAH, 22 APRIL – Masalah banjir yang sering dihadapi penduduk di Durian Tunggal menyebabkan mereka resah setiap kali hujan lebat kerana rumah berisiko dinaiki air selain perlu bersiap sedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

    Suri rumah, Hazirah Shamsudin, 42, dari Kampung Bukit Balai berkata dia berdepan situasi banjir itu sekurang-kurangnya tiga kali setahun berikutan rumahnya terletak bersebelahan Sungai Durian Tunggal.

    “Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain. Pada minggu lepas ketika sedang berhari raya di rumah kenalan, rumah saya dimasuki air hingga paras lutut.

    “Kami sememangnya tabah dengan ujian ini, namun sekiranya diberi pilihan untuk berpindah ke tempat lain kami reda kerana tidak sanggup berdepan dengan masalah banjir berulang kali,” katanya kepada pemberita di rumahnya di kampung berkenaan di sini hari ini.

    Terdahulu Hazirah menerima kunjungan Setiausaha Politik Kanan, Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Program Penyerahan Sumbangan Kecemasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mangsa bencana banjir dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal Zahari Abd Kalil. – Bernama

    Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (tengah) meninjau kawasan sekitar perumahan penduduk berdekatan sungai yang terjejas akibat banjir. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...