Friday, September 20, 2024
35.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Gaza amat terdesak, kebuluran

    GENEVA, 28 DIS – Penduduk Gaza berada dalam ‘keadaan amat terdesak’, ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran semalam, memetik kebuluran yang teruk dan situasi terdesak di seluruh wilayah Palestin yang dilanda perang.

    WHO berkata ia menghantar bekalan ke dua hospital pada Selasa, dengan hanya 15 daripada 36 hospital di Semenanjung Gaza berfungsi tanpa sebarang kapasiti asas.

    Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru masyarakat antarabangsa mengambil ‘langkah segera untuk mengurangkan risiko serius yang dihadapi penduduk Gaza dan keupayaan pekerja kemanusiaan untuk membantu orang yang mengalami kecederaan teruk, kelaparan akut dan risiko penyakit yang teruk’.

    Dalam satu kenyataan, WHO berkata kakitangannya melaporkan ‘penduduk yang lapar sekali lagi menghentikan konvoi kami hari ini dengan harapan untuk mencari makanan’.

    “Keupayaan WHO untuk membekalkan ubat-ubatan, bekalan perubatan dan bahan api kepada hospital semakin dikekang oleh kelaparan dan keadaan terdesak orang ramai yang dalam perjalanan ke, dan di dalam, hospital yang kami kunjungi.”

    “Keselamatan kakitangan kami dan kesinambungan operasi bergantung kepada lebih banyak makanan yang tiba di seluruh Gaza dengan serta-merta,” kata Tedros. – AFP

    Penduduk makan sarapan di luar kem pelarian Palestin di Rafah, selatan Semenanjung Gaza kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda