Tuesday, May 20, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Gaza berpindah-randah cari perlindungan

    BANDARAYA GAZA – Lebih 180,000 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza telah berpusu-pusu ke tempat perlindungan PBB apabila pesawat tentera Israel mengebom wilayah kecil yang didiami oleh 2.3 juta orang selepas pemerintah pejuang Hamas melancarkan serangan hujung minggu yang belum pernah berlaku ke atas Israel.

    Antara mereka adalah Sabreen al-Attar, 27 tahun. Beliau bertindak pantas apabila mendengar peluru berpandu yang meletup di ladangnya di Beit Lahiya, selatan sempadan Israel, pada Sabtu. Beliau tahu dari pengalaman bahawa balasan Israel akan cepat dan teruk.

    Dengan membawa anak-anaknya, al-Attar tergesa-gesa ke salah satu daripada puluhan tempat perlindungan yang diwujudkan di sekolah oleh agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin di Bandar Gaza. Di sana, letupan kuat yang belum pernah terjadi menyusuli keadaan yang terus merosot apabila makanan dan air habis.

    “Apabila saya melarikan diri, saya lakukan itu demi anak-anak saya,” katanya, dengan tangannya gementar ketakutan. “Nyawa mereka bergantung pada bahu saya,” katanya.

    Namun, penduduk mengatakan tiada pelarian yang sebenar di Gaza, yang terkurung selama 16 tahun di bawah sekatan yang dikenakan oleh Israel dan Mesir. Apabila perang meletus, seperti yang berlaku empat kali sejak kumpulan pejuang Hamas mengambil alih kuasa pada 2007, fasiliti PBB yang sepatutnya menjadi zon selamat juga berisiko terlibat dalam pertempuran. PBB mengatakan satu serangan udara membadai terus salah satu tempat perlindungan PBB pada Ahad dan merosakkan lima sekolah lain yang dijadikan tempat perlindungan pada Isnin lalu. Tiada berita segera mengenai kematian.

    Penduduk Palestin berjalan di tepi runtuhan bangunan selepas ia dilanda serangan udara Israel, di Bandar Gaza pada 8 Oktober. – Gambar AP
    Penduduk Palestin memeriksa runtuhan bangunan selepas ia dilanda serangan udara Israel, di Bandar Gaza. – Gambar AP
    Asap berkepul akibat letupan yang disebabkan oleh serangan udara Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober. – Gambar AP
    Saudara-mara meratapi mangsa yang terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza City pada 9 Oktober. – Gambar AP
    Penduduk Palestin memeriksa runtuhan masjid Barat yang musnah selepas ia dilanda serangan udara Israel di kem pelarian Shati di Bandar Gaza pada 9 Oktober. – Gambar AP

    Di kawasan bandar pusat Rimal, kawasan komersial sibuk Bandar Gaza dengan bangunan tinggi yang menjadi tempat tinggal bagi media antarabangsa dan organisasi bantuan, al-Attar berharap dia akan selamat. Rimal sebelum ini tidak menjadi sasaran Israel dengan segera, tidak seperti bandar sempadan atau perkemahan pelarian yang padat penduduk.

    Tetapi apabila tentera Israel menghujani kawasan demi kawasan dengan serangan udara sepantas kilat dan semakin kuat, serangan yang berat mencapai ke pusat Bandar Gaza, menukar kawasan kaya menjadi padang pasir yang tidak dapat didiami. Rimal juga dihujani serangan udara Israel dalam perang Gaza yang berdarah pada 2021, tetapi tidak sedahsyat ini.

    Sukar mencari perlindungan di Gaza

    Bom Israel yang menyerang Universiti Islam utama Gaza, kementerian kerajaan dan bangunan tinggi di Rimal, bermula pada petang Isnin lalu, turut memusnahkan tingkap tempat perlindungan al-Attar, memecahkan kaca di mana-mana, katanya. Kehidupan di sana, sesak dengan 1,600 orang lain, penuh dengan bahaya dan kekurangan, tetapi al-Attar mengatakan dia tidak mempunyai pilihan selain untuk tinggal, memberitahu anak lelakinya – Mohammed berusia 2 tahun dan Nabil berusia 7 tahun – untuk menjauhi tingkap.

    “Malam itu sangat, sangat sukar. Kami tidak ada tempat lain untuk dituju,” tambahnya.

    Serangan di Rimal dan potensi risiko berlindung di sekolah-sekolah PBB menunjukkan usaha putus asa penduduk Gaza mencari perlindungan, dengan ruang selamat di wilayah tersebut semakin sempit. Tidak ada tempat perlindungan bom awam di Gaza. Sebelum amaran tentera Israel kepada orang awam pada Isnin lalu yang Rimal akan diserang, para penduduk bergerak ke jalan-jalan dengan cara yang tidak teratur dengan apa sahaja barang yang dapat mereka bawa dan tanpa arah yang tidak menentu.

    Dalam taklimat pada Selasa, jurucakap tentera Israel, Letkol Richard Hecht mencadangkan rakyat Palestin cuba meninggalkan Gaza melalui perbatasan Gaza dengan Mesir – cadangan yang kelihatan mustahil.

    Sementara pegawai Hamas yang mengendalikan perbatasan Rafah, pihak Gaza berkata bahawa penduduk Gaza yang telah mendaftar awal boleh melalui kawasan ke Mesir, jumlah mereka yang dibenarkan untuk bergerak adalah kecil. Ini menyebabkan kelewatan dan waktu menunggu selama berhari-hari atau berminggu, bahkan dalam keadaan aman.

    “Di sini tidak pernah ada Pelan B,” kata Maha Hussaini, 31, sambil memerhatikan penduduk Rimal yang ketakutan membanjiri kawasan bandar Gaza yang lebih jauh ke selatan ketika bermulanya serangan bom di sana.

    Israel mendakwa Hamas membahayakan penduduk awam Gaza dengan meletakkan senjata dan pelancar peluru berpandu di kawasan padat penduduk. Israel juga mendakwa mereka menggunakan penduduk awam sebagai perisai manusia.

    Setakat ini, jumlah korban di Gaza mungkin meningkat lebih 700 orang dengan ribuan cedera, menurut pegawai kesihatan Gaza, satu tindak balas yang bersifat dendam dan tegas daripada pihak Israel sebagai respons terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan pejuang Hamas, yang telah mengorbankan lebih 900 penduduk Israel. Lebih 150 orang awam dan askar Israel telah ditawan.

    Pengepungan di Gaza

    Israel berkata ia berusaha untuk mengelakkan kematian orang awam kerana ia menyasarkan tapak Hamas di Gaza, yang padat dan mempunyai ruang terbuka yang sedikit.

    Israel mendakwa Hamas membahayakan penduduk Gaza dengan meletakkan senjata dan pelancar peluru berpandu di kawasan padat penduduk. Mereka juga mendakwa menggunakan penduduk awam sebagai perisai manusia.

    Namun, tentera Israel selama ini sering melancarkan serangan udara di kawasan kediaman yang sesak dengan penduduk, yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kecederaan dan merosakkan infrastruktur awam.

    Pihak berkuasa Hamas melaporkan tujuh masjid dan 15 rumah penduduk telah musnah yang mengorbankan ramai ahli keluarga setempat.

    Menteri Pertahanan Israel juga telah mengarahkan ‘pengepungan menyeluruh’ di Semenanjung Gaza yang sudah lama disekat, dengan bersumpah untuk menghalang bekalan makanan, air dan bahan api dari wilayah itu.

    “Kami tidak tahu maksud ‘selamat’ di Gaza,” kata Hind Khoudary, 28, yang berada di hotel mewah Roots semasa letupan yang dahsyat itu.

    “Ini bukan orang yang berkaitan dengan (pejuang), ini adalah orang dari golongan elit, organisasi asing, dan media,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/