Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Greece lebih bimbang ekonomi berbanding kesihatan

    ATHENS, 25 FEB – Setahun setelah wabak COVID-19 melanda Greece, 60 peratus rakyatnya lebih bimbangkan kesan ekonomi berbanding krisis kesihatan, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan tinjauan yang disiarkan semalam.

    Tinjauan firma Kapa Research yang dijalankan pada 16-19 Februari itu menyaksikan hampir separuh (48 peratus) responden menyatakan kewangan peribadi mereka sangat terkesan. Sementara itu 30 peratus lagi responden menyatakan agak terkesan.

    Menurut kaji selidik itu, 76 peratus responden meminta perkongsian paten vaksin COVID-19 oleh farmasi untuk mempercepat pengeluarannya di peringkat global.

    Tinjauan itu juga mendapati enam daripada sepuluh rakyat Greece yang mengundi menyatakan mereka mahukan vaksin. Setakat ini, kira-kira 760,000 dos vaksin sudah disuntik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda