Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk gusar kehadiran warga asing

    KUALA LUMPUR, 31 Dis – Penduduk Kampung Cheras Baru di sini mendakwa kebanjiran penghuni warga asing di kawasan tersebut menyebabkan kehidupan mereka menjadi kurang selesa.

    Menurut penduduk yang majoritinya berketurunan Cina itu, mereka tiada lagi peluang untuk menikmati persekitaran yang bersih dan selamat sejak kehadiran warga asing yang semakin bertambah itu.

    Mereka turut bimbang dengan tahap keselamatan di perkampungan itu memandangkan warga asing berkenaan bergerak secara berkumpulan dan dikhuatiri melakukan sebarang kegiatan jenayah.

    Difahamkan lebih 500 warga asing menetap di kawasan tersebut, sama ada yang mempunyai dokumen sah, pendatang asing tanpa izin dan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) terdiri daripada etnik Rohingya, Myanmar dan Bangladesh.

    Chua Ah Beng, 80, berkata terdapat warga asing yang membuka restoran dan menjual daging tanpa lesen perniagaan serta mengabaikan tahap kebersihan di kawasan itu.

    “Kami takut dihidapi penyakit Tibi. Budak-budak kecil pun tidak dapat bermain di padang kerana warga asing ini suka berkumpul beramai-ramai. Sampah-sarap pun penuh dalam longkang,” kata-nya kepada pemberita di Kampung Cheras Baru di sini hari ini. Sementara itu Ketua Wanita MCA Bahagian Cheras Heng Sinn Yee dalam sidang media berkata pihaknya akan membuat laporan kepada Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda