BERLIN, 30 Nov – Jumlah penduduk Islam di Eropah akan terus bertambah dalam beberapa dekad akan datang meskipun penghijrahan ke benua itu seharusnya dihentikan, menurut kajian yang disiarkan semalam.
Laporan Pusat Penyelidikan Pew yang berdasarkan kepada tiga senario bagi menganggarkan bilangan umat Islam yang akan tinggal di Eropah menjelang 2050. Ketiga-tiganya menggunakan anggaran 25.8 juta pada pertengahan tahun 2016 sebagai dasar, tetapi mengandaikan kadar perbezaan terhadap penghijrahan akan datang.
Di bawah senario ‘penghijrahan sifar’, dianggarkan 30 juta orang umat Islam akan menjadi 7.4 peratus penduduk Eropah menjelang 2050 berbanding dengan peratusan pada tahun lalu iaitu 4.9 peratus, ramal laporan itu. Para penyelidik berkata, kebanyakannya adalah kerana umat Islam pada purata 13 tahun lebih muda daripada orang Eropah dan juga mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi, menurut para penyelidik Pew.
Kajian itu menganggarkan sebanyak 58.8 juta umat Islam akan diperkirakan bagi 11.2 peratus penduduk dalam senario ‘penghijrahan sederhana’ yang mempunyai penghijrahan dengan mengekalkan ‘aliran biasa,’ – yang ditakrifkan oleh para penyelidik Pew kerana penghijrahan didorong atas alasan ekonomi, pendidikan dan keluarga – bukan atas mencari suaka sebagai orang pelarian.
Dalam senario ‘penghijrahan tinggi’ kajian itu meramalkan aliran terbanyak penghijrah yang datang ke Eropah di antara 2015 dan 2016 akan berterusan dalam tempoh yang tidak pasti, yang membawa kepada jumlah sebanyak 75 juta umat Islam di Eropah, memberikan pertambahan sebanyak 14 peratus, menjelang pertengahan abad ini.
Meskipun dalam kebanyakan penghijrahan, umat Islam akan ‘masih dianggap lebih kecil’ berbanding penduduk Kristian dan mereka yang tidak punya agama di Eropah,’ berdasarkan kesimpulan daripada para penyelidik.
Penghijrahan orang Islam menjadi topik politik yang sensitif di Eropah ekoran kemasukan pendatang baru dalam tahun 2015 dan 2016.
Sebilangan negara telah menyaksikan tindak balas negatif termasuklah parti-parti populis yang berkempen ke atas mesej-mesej anti Islam. – AP