Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Jakarta panik ‘serbu’ kedai

    JAKARTA, 3 MAC – Penduduk Jakarta mula melakukan pembelian panik barangan keperluan di pasar raya dan kedai ubat sejurus selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan dua kes disahkan koronavirus (COVID-19).

    Orang ramai mula berkongsi pengalaman di pasar raya yang sesak apabila pelanggan membeli barangan dan bekalan dalam kuantiti yang banyak berikutan bimbang dengan kemungkinan penularan COVID-19 di ibu kota.

    Sandra, 60, dari Jakarta Barat, menyatakan beliau terkejut dengan barisan panjang di pasar raya yang sering dikunjunginya.

    “Saya ke sana untuk membeli keperluan setiap bulan seperti makanan, tetapi saya terkejut kerana ramai yang beratur panjang di kesemua 10 kaunter yang terdapat di pasar raya,” katanya kepada The Jakarta Post. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda