Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Kampung Lumapas bersihkan tanah perkuburan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Lebih 50 orang pewaris dan para penduduk Kampung Lumapas baru-baru ini telah melaksanakan kempen gotong-royong di kawasan tanah perkuburan Islam lama di Langkibing Kampung Lumapas.

    Turut hadir pada kempen berkenaan ialah Pemangku Ketua Kampung Lumapas A, Haji Saini bin Haji Maidin bersama ahli-ahli MPK Lumapas A dan B.

    Terdahulu kempen dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Awang Mohammad Umair bin Haji Jamilie.

    Kempen gotong-royong berkenaan merupakan aktiviti tahunan, dan juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung yang bermastautin di kawasan berkenaan.

    Para penduduk Kampung Lumapas semasa menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan tanah perkuburan Islam lama di Langkibing, Kampung Lumapas.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda