ARTENARA, 21 OGOS – Penduduk yang terpaksa meninggalkan rumah mereka semasa kebakaran besar terjadi di pulau peranginan Sepanyol, Gran Canaria, telah mula kembali semalam, meskipun anggota bomba masih bergelut mengekang kebakaran itu, menurut para pegawai.
Kebakaran mencapai ketinggian 50 meter telah menyukarkan perjuangan memadam kebakaran itu sejak Sabtu, menyebabkan pemindahan kira-kira 10,000 penduduk di beberapa buah kampung.
Namun kelajuan angin berkurang semalam, dan kebakaran mula dapat distabilkan serta penduduk dapat kembali ke rumah masing-masing, menurut Presiden Canary Islands, Torres.
Penurunan kelajuan angin telah mencegah kebakaran itu daripada memasuki kawasan hutan simpan negara Inagua, yang merupakan tempat tinggal burung ‘blue chaffinch’, spesies burung yang jarang ada.
Hanya terdapat kira-kira 400 ekor sahaja yang ada. Sebahagian Inagua telah musnah dalam satu kebakaran besar pada 2007. – AFP
