Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penduduk Korea S dijangka merosot menjelang 2052

    SEOUL, 28 MEI – Penduduk Korea Selatan dijangka merosot di hampir semua wilayah menjelang 2052 akibat kadar kelahiran yang rendah secara berterusan, menurut anggaran pejabat statistik yang dilaporkan hari ini, menurut Xinhua.

    Jumlah penduduk negara itu diunjur menurun dari 51.67 juta pada 2022 kepada 46.27 juta pada 2052 selepas memuncak pada 51.75 juta pada 2024, menurut Statistik Korea.

    Kesemua 17 wilayah dan bandar raya dijangka mencatatkan penurunan penduduk semula jadi atau lebih banyak kematian daripada kelahiran, menjelang 2052.

    Walau bagaimanapun, wilayah Gyeonggi yang mengelilingi ibu kota Seoul dan bandar raya pentadbiran Sejong diramalkan akan menyaksikan pertumbuhan penduduk menjelang 2052 di tengah-tengah aliran masuk penduduk ke wilayah dan bandar raya berkenaan.

    Bilangan anak damit yang baru lahir telah menunjukkan penurunan sejak Oktober 2022 kerana pasangan muda menangguhkan atau menggugurkan hasrat untuk memiliki anak disebabkan kesukaran ekonomi, seperti harga perumahan yang tinggi dan pengangguran yang berlarutan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...