Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk mahu kerajaan selesaikan masalah banjir

    KOTA BELUD, 6 OKT – Penduduk di beberapa kampung di sini meminta kerajaan menangani segera masalah banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan berkenaan.

    Masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama itu bukan sahaja menyebabkan kerugian ribuan ringgit akibat kerosakan pelbagai barangan, malah turut mengancam keselamatan penduduk sekiranya haiwan berbisa masuk ke dalam rumah ketika banjir.

    Seorang penduduk Kampung Paka-Paka, Mohd Amizan Hamdan, 46, berkata setiap kali banjir berlaku, barangan elektrik seperti peti sejuk, kipas dan televisyen rosak kerana air naik terlalu cepat sehingga tidak sempat memindahkan barangan dan perabot rumah ke tempat lebih selamat.

    “Peti sejuk yang saya beli tahun lepas pun belum habis bayar, sampai saya rasa tidak mahu beli apa-apa barangan kerana masalah banjir ini seperti tidak boleh diselesaikan.” – Bernama

    Dua kanak-kanak leka bermain air menggunakan kotak polistirena di depan sebuah rumah yang separuh tenggelam dengan air banjir di Kampung Paka Paka, Kota Belud. Hujan yang tak berhenti-henti di daerah ini kelmarin menyebabkan penduduk kampung meninggalkan rumah mereka yang dinaiki air. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda