Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk memerlukan terus dipeduli

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong ‘B’ terus berusaha memeduli kebajikan penduduk yang memerlukan di kampung tersebut melalui sumbangan berupa makanan asasi.

    Sehubungan itu, beberapa buah keluarga terpilih yang memerlukan sumbangan di bawah kategori kurang upaya dan kurang berkemampuan hari ini menerima sumbangan daripada MPK Jerudong ‘B”

    Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pemangku Ketua Kampung Jerudong ‘B’, Awang Kamis bin Panjang bersama ahli-ahli Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan majlis perun-dingan kampung tersebut.

    Sumbangan dihasratkan dapat membantu keluarga yang memerlukan dan amalan menderma menjadi saham akhirat kepada para pendermanya.

    Awang Kamis menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda