Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk M’sia bertambah 2.1%

    KUALA LUMPUR, 31 JULAI – Penduduk Malaysia dijangka bertambah 2.1 peratus pada 2023, diterajui oleh migrasi antarabangsa, data rasmi menunjukkan hari ini.

    Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022, kata Xinhua.

    Menurut DOSM, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk adalah disebabkan oleh bilangan bukan warganegara yang lebih tinggi yang berkemungkinan meningkat daripada 2.5 juta pada 2022 kepada 3 juta pada 2023.

    Populasi penduduk juga diunjurkan meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7 peratus.

    Menurut DOSM, jumlah lelaki mengatasi wanita pada 2023 dengan masing-masing 17.5 juta dan 15.9 juta. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda