Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk New York tidak ketinggalan sambut Diwali

    NEW YORK – Minggu itu menyingsing di New York, tetapi kabus yang membosankan tidak dapat menandingi perayaan yang disambut iaitu Diwali, perayaan cahaya yang melambangkan kejayaan mengatasi kegelapan.

    Ia diraikan di seluruh Asia Selatan dengan besar-besaran oleh penganut Hindu, Jain, Sikh dan Buddha, perayaan yang diadakan selama beberapa hari itu turut diadakan jauh daripada tempat asalnya, di kawasan yang mempunyai populasi diaspora yang ramai – seperti di New York.

    “Satu perkara yang saya akan katakan, seluruh negara meraikan. Jadi ia sangat meriah,” kata pereka fesyen Prabal Gurung mengenai perayaan di Nepal, di mana Diwali lebih dikenali sebagai Tihar.

    Dia melihat semakin ramai penduduk yang meriakan Diwali di New York. Tetapi, katanya, seluruh bandar “belum meraikan lagi, jadi saya memberi masa satu atau dua tahun lagi.”

    Gurung merupakan salah seorang penganjur Diwali New York, sebuah majlis yang diadakan pada Sabtu di The Pierre, yang sesuai sebagai Hotel Taj.

    Pratik Shetty, anak kepada pemilik Flowers by Bhanu, berdiri di tepi gerai Diwali mereka, yang menawarkan bunga, pelekat dan barangan Diwali lain di bahagian Jackson Heights di daerah Queens di New York. – AP
    Penyunting terkenal Vanity Fair Radhika Jones, (kedua dari kiri). Ronan Farrow (tengah) pada sambutan Diwali di hotel The Pierre di New York. – AP
    Periuk tanah liat dan sumbu untuk lampu Diwali dipamerkan bersama daun ketumbar segar di Apna Bazaar di bahagian Jackson Heights di daerah Queens di New York. – AP

    Sambutan itu, kini memasuki tahun ketiganya, memperlihatkan Diwali dengan menghimpunkan warga Asia Selatan yang berkedudukan tinggi bersama-sama tokoh New York yang lain, “dunia dilihat sebagai pemimpin dan teladan,” kata hos Anita Chatterjee, Ketua Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam A-Game.

    Tidak jauh dari hotel lima bintang itu, mereka yang sudah biasa dengan perayaan itu sedang memulakan persiapan untuk meraikannya. Terdahulu pada Sabtu, yang pertama daripada perayaan lima hari itu, jalan-jalan di Jackson Heights dipenuhi dengan peringatan sempena perayaan itu.

    Banyak kedai gula-gula di kejiranan Queens, yang terkenal dengan komuniti Asia Selatannya, penuh dengan pelanggan sehingga sukar untuk mereka bergerak.

    Di gerai di luar Apna Bazaar, sebuah kedai runcit, banyak periuk tanah liat kecil dan sumbu untuk lampu Diwali diletakkan disisi tandan segar ketumbar dan di atas beg bawang. Papan tanda biru dengan tulisan tangan mengiklankan tawaran Diwali sangat istemewa untuk segala-galanya daripada beg beras seberat 40 paun, teh dan kurma.

    Setiap tahun, Sapna Pal datang ke Butala Emporium untuk membeli-belah untuk persiapan Diwali. Sambil membawa bakul berisi penuh dengan teh dan hiasan lain, anak kelahiran Delhi itu berkata sambutan Diwali di Amerika Syarikat biasanya diraikan dengan keluarga terdekat kerana kebanyakan orang lebih gemar mengadakan upacara sembahyang di rumah mereka sendiri.

    Ketika ditanya sama ada dia merindui Diwali di India, Pal yang telah tinggal di Queens selama hampir 25 tahun menjawab, “Ya! Setiap hari, setiap tahun.” Tetapi dia tetap menikmati Diwali di sini, menantikan gula-gula, gulab jamun, rasmalai dan pelbagai jenis barfi adalah antara kegemarannya dan upacara puja.

    Di luar cawangan kedai runcit Patel Brothers, Bhanu Shetty telah menjalankan gerai pop-up Diwali selama dua dekad. Anak lelakinya Pratik berkata gerai sementara Flowers by Bhanu biasanya menarik kira-kira 3,000 pelanggan dalam tempoh tiga hari. Dia lebih berhati-hati, “Orang ramai datang.”

    “Kami sentiasa terkenal dengan bunga, tetapi hanya untuk tiga hari ini kami mempamerkan semua upacara kuil,” kata Pratik Shetty sambil memberi isyarat kepada pelekat 3D, kalungan bunga, stensil untuk reka bentuk serbuk berwarna yang dikenali sebagai rangoli, gambar dan, secara semula jadi, bunga. Kebanyakan bunga adalah sumber tempatan, tetapi keistimewaan Diwali ialah bunga teratai bernilai A$5 yang diimport daripada India.

    Ratan Sharma, seorang pengurus di India Sari Palace, berkata kedai manisan dan kedai runcit adalah penerima manfaat terbesar membeli-belah Diwali.

    Tetapi kedai pakaiannya juga turut menerima manfaat, “Setahun sekali kami memberi manfaat kepada pelanggan,” katanya, “Dan mereka mengambil kesempatan daripadanya.”

    Sharma berkata harga sari sutera lebih mahal dijual pada hujung minggu, ia merupakan barang yang paling popular semasa jualan tahunan Diwali.

    Jackson Heights merupakan kawasan kejiranan berbilang kaum dan agama, dan beberapa kedai masih menampilkan papan tanda yang menawarkan jualan Diwali.

    Suneera Madhani, pengasas Stax Amerika Pakistan, menghadiri parti Diwali di The Pierre sebagai tanda solidariti Asia Selatan. Dia berkata dia ingin mempromosikan perayaan Aidilfitri di New York dengan cara yang sama.

    Gala Diwali sememangnya berprofil tinggi: Hos Radhika Jones, penyunting terkenal di Vanity Fair, bergaul dengan Ronan Farrow dan Kelly Ripa, semuanya berpakaian dalam fesyen Asia Selatan. Chatterjee berkata firmanya membantu menghubungkan beberapa peserta bukan Asia Selatan kepada pereka, termasuk rakan hos Falguni dan Shane Peacock. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda