Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Norway undi dalam pilihan raya

    OSLO, 11 Sept – Rakyat Norway hari ini mengundi dalam pengundian tegang akan menentukan sama ada ‘negara paling bahagia di dunia’ itu akan ditadbir oleh parti campuran sayap kanan atau parti pembangkang bagi tempoh empat tahun akan datang.

    Tinjauan pendapat telah meramalkan persaingan sengit luar biasa antara pasukan Perdana Menteri konservatif Erna Solberg dan parti pembangkang yang diketuai oleh Jonas Gahr Store dari parti Buruh.

    Beberapa parti kecil mungkin berakhir menjadi dalang politik di negara Nordic yang kaya dengan hasil minyak itu.

    Segala-galanya ‘bersedia bagi kisah seram pilihan raya terbesar dalam tempoh berdekad-dekad,” seorang pengulas politik bagi televisyen TV2 berkata selepas tinjauan pendapat akhir disiarkan Sabtu lalu yang memuji pihak berhaluan kanan dengan kemungkinan majoriti yang paling tipis, walaupun dalam margin selamat.

    Memimpin sejak 2013, kerajaan campuran, yang terdiri dari parti Konservatif, iaitu parti Solberg dan parti populis yang anti Imigresen, iaitu Parti Progresif, telah berkempen dengan ikrar kesinambungan.

    Kerajaan telah berjaya menerajui negara kaya ini yang mempunyai 5.3 juta – pengeluar minyak terbesar di Barat Eropah – melalui dua krisis: kemerosotan industri minyak selepas kejatuhan harga minyak mentah sejak 2014, dan krisis penghijrah dalam tahun 2015.

    “Kami mahu empat tahun lagi untuk terus melakukan apa yang berkesan,” kata Solberg, 56 tahun, pemimpin yang popular dan berpengalaman. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda