Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk NZ berbaris di stesen petrol sebelum subsidi berakhir

    WELLINGTON, 30 JUN – Penduduk New Zealand mula beratur di stesen-stesen minyak minggu ini bagi mendapatkan petrol pada harga diskaun susulan berakhirnya subsidi kerajaan pada Jumaat, lapor Xinhua.

    Cukai bahan api penuh akan diperkenal semula pada Sabtu, 1 Julai, yang menamatkan diskaun cukai 25 sen setiap liter semasa sejak 15 bulan lepas.

    Subsidi itu diperkenal pada Mac tahun lalu untuk membantu rakyat New Zealand menghadapi kenaikan harga bahan api dan kos sara hidup.

    Kenaikan harga bahan api membebankan ramai warga New Zealand dalam beberapa bulan pertama tahun lalu.

    Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Rachel berkata kenaikan harga bahan api itu akan menjejaskan belanjawannya memandangkan beliau bergantung pada keretanya kerana mendakwa pengangkutan awam tidak boleh dipercayai. Kenaikan harga juga akan menjejaskan pendapatan pemandu Uber.

    Sementara itu, diskaun caj pengguna jalan raya juga akan berakhir pada Sabtu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda