Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penduduk pedalaman Daerah Belait jalani pemeriksaan mata

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 21 NOV – Dalam membantu menyediakan kemudahan akses kepada pemeriksaan mata khususnya bagi penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman Daerah Belait, Kelab Lions Belait dengan kerjasama Persatuan Oftalmologi Brunei dan Pertubuhan Infrastruktur Pertahanan (DIO) Brunei telah mengadakan Pemeriksaan Bersama Penglihatan Pedalaman dan Pemeriksaan Kesihatan Mata baru-baru ini.

    Diketuai oleh Naib Presiden Kedua Kelab Lions Belait, Johnny Cheong, lawatan itu menyaksikan enam ahli yang menjalankan pemeriksaan penglihatan, serta memberikan kaca mata membaca kepada mereka yang memerlukannya.

    Kelab itu juga menyatakan bahawa mereka yang memerlukan pemeriksaan lanjut dirujuk ke VisionCare Kuala Belait.

    Sementara itu, Dr Helena Hurairah dari Persatuan Oftalmologi Brunei diiringi lapan anggota terdiri daripada pakar mata, optometris dan ortopotik turut menjalankan pemeriksaan kesihatan mata bagi penduduk yang hadir di kawasan itu.

    Akhir sekali, hadir bagi pihak DIO (Brunei) ialah Mejar Ashok Rai bersama Kapten Dawa Nuri Sherpa dari Queen’s Own Gurkha Logistic Regiment (QOGLR), British Forces Brunei (BFB) Garrison.

    Kakitangan menjalankan saringan dan ujian penglihatan kepada penduduk pedalaman Daerah Belait. – GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT
    GAMBAR SERAHAN KELAB LIONS BELAIT

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...