Tuesday, February 25, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk PN Panaga anjur aktiviti berjalan kaki sempena HK-41

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 24 FEB – Penduduk dari seluruh Perumahan Negara (PN) Panaga berkumpul di Lagun Panaga hari ini untuk menyertai aktiviti berjalan kaki yang diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-41 (HK-41).

    Hadir pada acara berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann selaku Ketua Kampung Bukit Sawat.

    Mengiringi beliau ialah Ketua PN Panaga C, Awang Khairul Abidin bin Mohd Yassin, selaku pengerusi penganjur acara berkenaan. Turut hadir ialah Ketua PN Panaga A, Awang Muhammad Nurzairie bin Abdullah Peter dan Pemangku Ketua PN Panaga B, Awang Mohd Ariffin bin Abdullah.

    Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan sebagai tanda memperingati acara tahunan diikuti dengan senaman ringan sebelum disambung dengan aktiviti berjalan kaki.

    Para peserta yang terdiri daripada penduduk kampung berjalan melintasi kampung di sepanjang Jalan Likap, Panaga sambil mengibarkan bendera negara sebelum kembali semula ke lagun.

    Bagi memeriahkan lagi acara itu, pelbagai permainan dan aktiviti menarik diadakan. Turut diadakan di lokasi acara ialah gerai dan aktiviti jualan bersempena dengan Sambutan HK-41, di mana barangan dan produk tempatan dipamerkan oleh penduduk kampung.

    Gambar ramai penduduk PN Panaga yang menyertai acara berjalan kaki sempena Sambutan HK-41. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    ATAS & BAWAH : Peserta berjalan sambil mengibarkan bendera negara. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda