Thursday, April 24, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Porto Alegre bimbang banjir berulang

    PORTO ALEGRE, 23 APRIL – Berbekalkan berus dan cat, para sukarelawan memperbaiki semula rumah-rumah yang masih berdiri selepas banjir besar tahun lalu yang meragut hampir 200 nyawa dan memaksa setengah juta penduduk berpindah di bandar Porto Alegre, Brazil.

    Ketika penduduk masih membaiki kerosakan hampir 12 bulan selepas bencana alam terburuk dalam sejarah Rio Grande do Sul, mereka bimbang langkah yang diambil tidak mencukupi untuk melindungi bandar itu daripada bencana serupa, yang menurut pakar semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim.

    Pada akhir April dan awal Mei 2024, jumlah hujan selama tiga bulan turun hanya dalam tempoh 10 hari di negeri kaya itu, di mana Porto Alegre merupakan ibu negerinya.

    Banjir paling teruk menjejaskan bandar berpopulasi 1.3 juta yang terletak di tepi Tasik Guaiba, yang menerima air dari empat sungai.

    Saintis dari World Weather Attribution kemudian menyimpulkan perubahan iklim telah menggandakan kemungkinan berlakunya ‘kejadian amat luar biasa’ – bencana yang sepatutnya hanya berlaku sekali dalam 100 hingga 250 tahun.

    Ketika kerja-kerja pemulihan masih dijalankan, satu lagi ribut melanda bandar itu bulan lalu – kurang teruk kali ini, tetapi tetap mencetuskan banjir, pokok tumbang dan gangguan bekalan elektrik.

    “Kini, hujan membawa ketakutan dan rasa tidak selamat,” kata Jotape Pax, seorang penduduk Porto Alegre dan artis bandar yang mengetuai projek pemulihan secara sukarela itu. – AFP

    Gambar fail jalan banjir di pusat bandar Porto Alegre, Brazil, pada 19 Mei 2024. -AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda