TAWAU, 30 DIS – Beberapa kawasan di sini dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi lemah bermag-nitud 4.3 pada skala Richter yang melanda Tarakan, Indonesia, pada 2.09 pagi ini. Penduduk Kampung Titingan Blok 5, Yusri Yahya, 49, berkata seluruh keluarganya seramai 10 orang terjaga dari tidur selepas rumahnya tiba-tiba bergegar beberapa saat. “Kami sekeluarga terus keluar