Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penduduk tetap didenda kerana miliki rokok seludup

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid semalam memerintahkan seorang penduduk tetap berusia 42 tahun membayar denda $52,800 kerana memiliki rokok seludup.

    Awang Muhammad Dzulfadhli bin Abdullah @ Eddy Anak Ugeng perlu menjalani hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayar denda.

    Mahkamah mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa defendan didapati menyimpan 67 karton, 40 paket dan 32 batang rokok tidak diisytiharkan di sebuah gerai di Kampung Mata-Mata pada jam 3:05 petang pada 16 Jun 2022 oleh pegawai pencegahan kastam.

    Mahkamah mengarahkan barang seludup itu dimusnahkan.

    Gambar hiasan Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...