OLEH FADLEY FAISAL
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Seorang penduduk tetap berusia 36 tahun, didenda $153,800 hari ini selepas mengaku bersalah kerana memiliki rokok seludup.
Mohammad Aiman Putera bin Abdullah Laju @ Kersmandey perlu menjalani hukuman penjara 23 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Menurut pendakwa raya kastam, Mohammad Aiman Putera ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 26 Mac 2023, jam 6:40 pagi.
Pegawai-pegawai dari pos kawalan kastam membuat tangkapan selepas menemui 209 karton dan 19 batang rokok pelbagai jenis yang ditemui dalam simpanan defendan.
Majistret Muhd Muzakkir bin Haji Zakaria mengarahkan barangan yang dirampas dilucuthakkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.