Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Ukraine mengundi di Rusia

    DONETSK, UKRAINE, 29 JUN – Penduduk rantau yang dikawal pemisah di timur Ukraine yang mempunyai kerakyatan Rusia telah berkunjung ke Rusia untuk mengundi mengenai pindaan perlembagaan yang membenarkan Presiden Vladimir Putin kekal berkuasa sehingga 2036.

    Pihak berkuasa Luhansk dan Republik Rakyat Donetsk telah menganjurkan perkhidmatan bas ke stesen pengundian di rantau Rostov di Rusia, dalam apa yang dilihat oleh kebanyakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah jumlah pengundi pada plebisit.

    Pada pagi Jumaat, puluhan orang berkumpul di stesen bas di Donetsk, bandar di timur Ukraine, menunggu untuk menaiki bas ke Rusia. Sesetengah pengundi memberitahu The Associated Press bahawa pindaan perlembagaan akan merangsang kuasa pihak berkuasa Rusia dan membawa keamanan ke rantau pemisah di timur Ukraine. – AP

    Gambar pada 27 Jun menunjukkan penduduk menunjukkan pasport Rusia mereka di dalam bas ke Rusia di sebuah perhentian bas di Donetsk, timur Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda