Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Ukraine ‘serbu’ pusat vaksinasi

    KIEV, 27 OKT – Penduduk Ukraine bergegas mendapatkan vaksin hari ini selepas Kiev melaksanakan langkah baharu anti-COVID-19 ketika ia bergelut dengan peningkatan kes jangkitan baharu.

    Negara itu hari ini merekodkan pemberian vaksin terbanyak dengan lebih 291,000 orang telah divaksinasi dalam tempoh 24 jam.

    Ia adalah jumlah tertinggi sejak permulaan kempen vaksinasi Ukraine pada Februari.

    Lebih 1.6 juta penduduk Ukraine menerima suntikan mereka pada minggu lalu, menurut jumlah, berbanding 906,000 yang menerima vaksin tujuh hari sebelumnya.

    Pihak berkuasa di negara yang mempunyai 41 juta penduduk itu pada awalnya bergelut untuk memberikan vaksin.

    Mereka juga telah berusaha untuk meyakinkan penduduk yang ragu-ragu dengan vaksin untuk mendapatkan suntikan.

    “Dapatkan vaksinasi! Inilah satu-satunya cara untuk mencegah penularan virus…dan menyelamatkan nyawa orang ramai,” kata Datuk Bandar Kiev, Vitaly Klitschko dalam platform media sosial, Telegram.

    Serbuan orang ramai untuk mendapatkan vaksin itu muncul selepas sekatan dikenakan semula minggu lalu di beberapa rantau yang terjejas teruk dengan kemunculan kes-kes virus.

    Sementara itu, orang ramai yang mengunjungi dan bekerja di tempat awam, termasuk pawagam dan gim juga dikehendaki untuk divaksinasi bermula Sabtu. – AFP

    Kakitangan perubatan mengisi dokumen pesakit menjelang divaksinasi di pusat vaksinasi sementara di sebuah gedung beli-belah di Kiev pada 27 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda