Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Xi’an mengadu kekurangan makanan

    BEIJING, 30 DIS – Penduduk di bandar dikurung China, Xi’an mengadu mereka bergelut mendapatkan makanan mencukupi, meskipun Beijing menegaskan hari ini bekalan memadai.

    Kementerian perdagangan negara itu memberitahu wartawan bahawa 13 juta penduduk Xi’an – dikenakan perintah berkurung lapan hari lalu – mempunyai bekalan mencukupi.

    Televisyen kerajaan menunjukkan rakaman petugas dalam sut hazmat memasukkan telur, daging dan sayuran ke dalam beg plastik, sebelum menghantarnya kepada penduduk dari pintu ke pintu.

    Pegawai tempatan pada sidang media kemudiannya mengatakan mereka sudah pun menyerahkan ratusan tan makanan dan bekalan percuma dalam masa beberapa hari kebelakangan ini. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda