Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Penebang pokok ditahan miliki pistol dan peluru

    TANAH MERAH, 4 JUN – Seorang penebang pokok ditahan kerana memiliki sepucuk pistol jenis Revolver S/W 357 Magnum Smith/Wesson bersama enam butir peluru di Kampung Air Murbo, Jedok, di Tanah Merah, semalam.

    Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Supt Mohd Haki Hasbullah berkata tangkapan dibuat selepas anggotanya menerima laporan daripada orang awam berkaitan suspek berusia 40 tahun itu mengamuk dan mengugut untuk mencederakan ahli keluarganya pada 2:55 petang.

    “Lelaki itu ditahan di rumahnya dan pemeriksaan lanjut ke atas beg silang yang dipegang suspek menemukan pistol terbabit bersama enam butir peluru dan lima biji dadah jenis pil yaba.

     “Dia mendakwa pistol terbabit diperoleh daripada rakannya sejak dua minggu lepas untuk tujuan melindungi diri semasa bekerja sebagai penebang pokok di dalam hutan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, hari ini.

    Menurut Mohd Haki suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan hasil ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine, selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

    “Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama,” katanya. – Bernama

    Ketua Polis Daerah Tanah Merah (tengah) menunjukkan sepucuk pistol jenis Revolver S/W 357 Magnum Smith/Wesson bersama enam butir peluru, yang dirampas di Kampung Air Murbo Jedok semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...