Saturday, February 22, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penembak CEO UnitedHealthcare hadir untuk perbicaraan pertama

    NEW YORK, 21 FEB – Lelaki yang didakwa menembak mati CEO UnitedHealthcare di New York City dan mendorong pihak berkuasa melancarkan buruan selama lima hari dijadualkan hadir di mahkamah hari ini untuk kali pertama sejak pendakwaan pada bulan Disember, atas tuduhan membunuh dan melaku keganasan peringkat negeri.

    Luigi Mangione, 26 tahun, dijadualkan untuk dibicarakan di mahkamah negeri di Manhattan. Pendakwa dan peguam pembela Mangione dijangka menyediakan butiran terkini mengenai status kes tersebut, dan Hakim Gregory Carro mungkin menetapkan tarikh akhir penyerahan dokumen sebelum perbicaraan, dan mungkin juga tarikh perbicaraan.

    Mangione telah mengaku tidak bersalah atas beberapa tuduhan membunuh, termasuk pembunuhan sebagai satu tindakan keganasan, dalam pembunuhan Brian Thompson pada 4 Disember di luar sebuah hotel di Manhattan. Eksekutif tersebut diserang hendap dan ditembak di kaki lima semasa berjalan ke satu persidangan mengenai pelaburan.

    Mangione juga menghadapi pertuduhan persekutuan yang boleh membawa hukuman mati.

    Dia sedang ditahan di penjara persekutuan Brooklyn bersama beberapa defendan terkenal lain, termasuk Sean ‘Diddy’ Combs dan Sam Bankman-Fried. – AP

    Luigi Nicholas Mangione meninggalkan Mahkamah Daerah Blair di Hollidaysburg, Pa., pada 19 Disember 2024. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda