Thursday, January 16, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penempatan pelajar IBTE ditangguh

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Berikutan dengan pandemik COVID-19 yang melanda Negara Brunei Darussalam pada masa ini, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) memaklumkan penangguhan latihan penempatan industri bagi pelajar-pelajarnya.

    Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada para pelajar yang dijadualkan memulakan penempatan mulai 1 April, menurut kenyataan yang dikeluarkan IBTE, di sini, hari ini.

    Kenyataan menyatakan, perkara tersebut diputuskan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar dalam menangani penularan pandemik COVID-19 di mana Majlis Akademik IBTE telah memutuskan penangguhan Latihan Penempatan Industri tersebut selama sebulan dan akan memulakan penempatan mereka pada 2 Mei depan (tertakluk kepada situasi dan perkembangan semasa).

    Sementara itu, bagi pelajar-pelajar yang sedang menjalani penempatan industri atau latihan dalam pekerjaan pula diaturkan untuk meneruskan latihan industri mereka seperti biasa.

    Walau bagaimanapun, bagi latihan atau penempatan industri yang terjejas, pihak IBTE akan melaksanakan alternatif lain termasuk penempatan di institusi-institusi di bawah kawalan IBTE dan/atau membuat projek akhir tahun (final year project).

    Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Bahagian Industri dan Antarabangsa melalui e-mel iil.division@ibte.edu.bn

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda