Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penemuan barang tegahan di Kampong Ayer

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Seorang penjawat awam yang prihatin dengan penemuan barang tegahan yang telah ditinggalkan di sebuah bangunan kerajaan di kawasan Kampung Saba Tengah kelmarin telah melaporkan perkara berkenaan ke Balai Polis Kampong Ayer, Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Hasil dari pemeriksaan, pihak Polis telah mendapati sebanyak 50 katon rokok dan minuman keras sebanyak 216 tin dan 15 botol.

    Kesemua barang tegahan telah dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan dan tindakan selanjutnya.

    Pasukan Polis Diraja Brunei menyeru orang ramai bagi menyalurkan sebarang maklumat mengenai apa jua kegiatan jenayah ke Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian kecemasan polis 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

    PPDB juga menucapkan terima kasih kewaspadaan dan kerjasama warganegara tersebut.

    – Gambar serahan PPBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda