Thursday, October 17, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan belon udara panas cipta rekod baharu di Cappadocia

    NEVSEHIR, 16 OKT – Bilangan orang yang menempah perkhidmatan belon udara panas di kawasan terkenal Cappadocia, Turkiye mencapai rekod tertinggi sebanyak 583,063 antara Januari dan Oktober tahun ini, lapor agensi Anadolu.

    Cappadocia, tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan kepentingan sejarah dan keindahan alam semula jadinya, menawarkan penerbangan belon udara panas sebagai antara aktiviti pelancongan yang paling diminati.

    Dalam tempoh 182 hari cuaca yang baik tahun ini, lebih 583,000 pelancong menikmati penerbangan belon udara panas, mencatatkan rekod baharu dengan peningkatan sebanyak 74,882 berbanding jumlah 508,181 pada 2022.

    Pada 2023, seramai 473,396 orang telah menaiki belon udara panas dalam tempoh sembilan bulan yang sama.

    “Sepanjang tempoh sembilan bulan di Cappadocia, lebih 580,000 pelawat domestik dan antarabangsa telah me-nyertai lawatan belon,” kata Mehmet Dinler, ketua perkhidmatan pelancongan belon tempatan.

    “Apabila kami membandingkan data ini, kami melihat bahawa kami telah mencapai angka tertinggi.” – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda