Wednesday, April 30, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan Brunei-Beijing kembali beroperasi

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah meraikan penerbangan pertama ke Beijing, Republik Rakyat China, dan penerbangan balik pertama ke Brunei Darussalam.

    Lebih daripada 130 penumpang menaiki pesawat pada penerbangan pertama ke Brunei Darussalam selepas penangguhan sejak Oktober 2024, dan ia menandakan pemulihan hubungan yang lancar antara kedua-dua buah negara, Republik Rakyat China dan Brunei Darussalam.

    Laluan Beijing ke Brunei akan beroperasi dua kali seminggu mulai 28 April 2025 dan akan beroperasi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing yang mana laluan itu akan dikendalikan oleh armada Airbus A320neo RB.

    Penerbangan RB akan meningkatkan hubungan pengangkutan untuk pengembara korporat, pelajar dan pelancong, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara negara-negara tersebut.

    Bagi memastikan kejayaan laluan tersebut, RB akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan utama di Brunei dan China, termasuk lembaga pelancongan, agensi kerajaan dan rakan kongsi perjalanan.

    Selain itu, tetamu RB juga dapat meneroka pelbagai bandar di China melalui Beijing menerusi perjanjian perkongsian kod dengan China Eastern Airlines.

    Doa Selamat dibacakan sempena meraikan penerbangan pertama RB ke Beijing selepas ditangguh sejak Oktober 2024. – GAMBAR SERAHAN RB
    GAMBAR SERAHAN RB
    GAMBAR SERAHAN RB
    GAMBAR SERAHAN RB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda