SHANGHAI, 30 Mac – Syarikat penerbangan Air China dan China Eastern Airlines mencatat pertumbuhan keuntungan yang kukuh pada tahun 2017 apabila permintaan perjalanan yang meningkat oleh kelas pertengahan negara membantu menghapus kos minyak yang lebih tinggi.
Air China memperoleh 7.24 bilion yuan untuk tahun penuh, naik 6.3 peratus, sementara China Eastern memperoleh 6.34 bilion yuan, pertambahan sebanyak 4.1 peratus berbanding tahun 2016, kata syarikat penerbangan dalam kenyataan kepada bursa saham Hong Kong di mana mereka disenaraikan.
Pendapatan penumpang Air China meningkat 6.2 peratus manakala China Eastern melihat perkembangan sebanyak 9.6 peratus.

“Penerbangan awam China sedang mengalami satu tempoh terdapatnya peluang besar dan pertumbuhan pesat dapat dicapai,” kata China Eastern dalam kenyataannya lewat semalam, memetik “pertumbuhan pendapatan boleh guna berterusan” di negara itu.
Keuntungan mungkin lebih tinggi jika bukan disebabkan kenaikan dalam harga minyak, yang berkembang sebanyak hampir 30 peratus pada 2017 untuk kedua-dua syarikat penerbangan apabila harga minyak bertambah kukuh.
China Southern Airlines, syarikat penerbangan terbesar Asia, telah melaporkan pertambahan keuntungan bersih 2017 sebanyak 18 peratus pada awal minggu, memetik tumpuan yang meningkat pada laluan domestik dan mata wang China yang lebih kukuh. – AFP