Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Penerbangan Delta dilencongkan, penumpang disaji makanan basi

    NEW YORK, 4 JULAI – Penerbangan Delta dari Detroit ke Amsterdam dilencongkan ke Lapangan Terbang Kennedy, New York kelmarin selepas penumpang dihidangkan makanan basi, kata pegawai-pegawai syarikat penerbangan.

    Penerbangan itu berlepas dari Detroit sekitar 11 malam pada Selasa dan mendarat di New York pada pukul 4 pagi “selepas laporan bahawa sebahagian daripada perkhidmatan makanan dalam penerbangan kabin utama basi,” kata jurucakap Delta dalam satu kenyataan.

    Jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, yang mengendalikan lapangan terbang itu, berkata 14 daripada 277 penumpang pesawat serta 10 anak kapal telah dirawat oleh kakitangan perubatan ketika penerbangan itu mendarat. Tiada seorang pun daripada mereka memerlukan kemasukan ke hospital.

    Tidak jelas berapa ramai orang yang makan makanan basi itu.

    Delta berkata ia akan menyiasat kejadian itu.

    “Ini bukan perkhidmatan terkenal Delta dan kami memohon maaf kepada pelanggan kami atas kesulitan dan kelewatan dalam perjalanan mereka,” kata jurucakap Delta.

    Pihak berkuasa pelabuhan itu berkata, para penumpang disediakan bilik hotel dan semuanya akan ditempah semula untuk meneruskan penerbangan ke destinasi mereka. – AP

    Sebuah pesawat Delta Air Lines meninggalkan pintu masuk pada 12 Julai 2021, di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston. Penerbangan Delta dari Detroit ke Amsterdam telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Kennedy, New York selepas penumpang dihidangkan makanan basi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...