Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Astana terjejas akibat kebakaran

    MOSCOW, 27 FEB – Kebakaran di lapangan terbang antarabangsa Astana, Kazakhstan menyebabkan kira-kira 24 penerbangan tertangguh, manakala para penumpang terpaksa dipindahkan, lapor Xinhua.

    “Kebakaran dilaporkan berlaku di pusat pensuisan Lapangan Terbang Antarabangsa Astana sekitar 7.50 pagi (0150 GMT) waktu tempatan Selasa.

    “Pada 8.24 pagi (0224 GMT) kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya. Semua penumpang yang berada dalam terminal lapangan terbang telah dipindahkan ke tempat selamat,” menurut lapangan terbang itu dalam satu kenyataan di media sosial.

    Operasi memadam kebakaran melibatkan 23 jentera dan 58 anggota bomba.

    “Lapangan Terbang Antarabangsa Astana terus menerima ketibaan penerbangan. Bagaimanapun, 18 penerbangan yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Astana ditangguhkan,” menurut kenyataan itu.

    Penerbangan yang terjejas termasuk penerbangan ke UAE, Turkiye, Poland, Rusia dan destinasi-destinasi domestik. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda