Sunday, September 29, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan haji pertama selamat pulang

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Penerbangan Pertama selamat mendarat pada pukul 9:14 pagi, hari ini, dengan menaiki Pesawat Diraja Brunei (Royal Brunei) BI 4222.

    Penerbangan tersebut membawa seramai 252 orang jemaah haji termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd, (DSSB), Pegawai Syarikat Straits Central Agencies Sdn. Bhd (SCA).

    Hadir mengalu-alukan ketibaan jemaah haji Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Datin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB); Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku Pemangku Menteri Kesihatan, dan Datin; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Buraithin.

    Salah seorang jemaah haji yang baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, pada hari ini. – Gambar oleh Rafi Rosli

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda