Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Penerbangan haji terakhir selamat tiba di tanahair

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Penerbangan keempat yang membawa seramai 251 jemaah haji Negara Brunei Darussalam telah selamat mendarat di tanah air pada pukul 8.44 pagi tadi.

    Rombongan haji yang menaiki Pesawat Diraja Brunei (Royal Brunei) BI 4228 itu termasuk pegawai-pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan) dan Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB).

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pemangku Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan isteri; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Buraithin.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi dan datin menyambut kepulangan jemaah haji negara. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan isteri; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan isteri; Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU, Awang Misle bin Haji Abd Karim; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.

    Juga hadir ialah ahli-ahli jemaah penasihat haji dan para pegawai kanan KHEU.

    Doa Selamat dibacakan oleh Penguasa Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Haji Haris bin Haji Suboh.

    Kepulangan para jemaah haji di LTAB disambut oleh ahli-ahli keluarga.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...