Wednesday, October 23, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan ke-4 bakal jemaah haji selamat tiba di Madinah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Penerbangan terakhir menggunakan pesawat Penerbangan Diraja Brunei (RB) BI4207 yang membawa seramai 252 orang bakal jemaah haji negara telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz, Madinah, pada pukul 2:45 petang, kelmarin.

    Hadir bagi menyambut ketibaan jemaah haji negara ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi di Riyadh, Tuan Yang Terutama Haji Harun bin Haji Junid; Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Haji Farhan bin Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Haji Abdul Ghani; Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (PUJHNBD), Haji Abdullah bin Haji Mohamad; Ketua PUJHNBD (Perubatan), Dr Haji Mohd Athaaillah bin Haji Abdullah; dan pegawai-pegawai PUJHNBD (Pentadbiran dan Perubatan) serta dari Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB).

    Seramai 249 bakal jemaah haji negara bagi penerbangan berkenaan mengikuti pakej di bawah syarikat DSSB.

    Turut mengiringi rombongan bakal jemaah haji tersebut ialah tiga orang pegawai PUJHNBD (Perubatan) iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan.

    ATAS & BAWAH: Ketibaan jemaah haji negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz, Madinah, dialu-alukan oleh TYT Haji Harun dan Haji Farhan. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda