Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Penerbangan kedua jemaah haji tiba di tanah air

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Seramai 252 orang lagi jemaah haji Negara Brunei Darussalam telah selamat pulang ke tanah air menerusi penerbangan kedua yang mendarat pada pukul 9:06 pagi tadi.

    Rombongan haji yang menaiki Pesawat Penerbangan Diraja Brunei (RB) BI 4224 itu termasuk pegawai-pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), dan Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB)

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri; Menteri di Jabatan Perdana
    Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB); Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku Pemangku Menteri Kesihatan dan isteri; serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Buraithin.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan isteri; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan isteri; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji
    Mohammad Yusof; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh serta ialah ahli-ahli jemaah penasihat haji dan para pegawai kanan KHEU.

    Doa Selamat dibacakan oleh Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin serta isteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi serta isteri mengalu-alukan kepulangan jemaah haji. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Kepulangan para jemaah haji di LTAB disambut oleh ahli-ahli keluarga. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kes tikam: Remaja 14 tahun ditahan

    SYDNEY, 2 JULAI – Polis Australia telah menahan seorang remaja berusia 14 tahun hari ini ekoran insiden tikaman yang tidak membawa maut, mendorong kampus...