Thursday, May 15, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan keempat berlepas ke tanah suci

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Gambar Salawati Haji Yahya & Rahwani Zahari

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Penerbangan keempat dan terakhir membawa 254 bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam berlepas ke Madinah pada jam 12.50 malam tadi, menaiki pesawat Diraja Brunei BI 4207 dan tiba jam 5:30 waktu tempatan.

    Bakal jemaah haji yang mengikuti penerbangan itu adalah dari Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd dengan jumlah 137 orang lelaki, 114 orang perempuan serta tiga pegawai dari Maktab Urusan Haji Perubatan.

    Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri, Menteri Pertahanan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dan isteri.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali dan isteri selaku wakil Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, wakil Kedutaan Besar Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Saad Salih M Baeshen dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan isteri.

    Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad dan isteri, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang dan isteri; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) Kementerian Kesihatan, Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif, pengarah-pengarah, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan pengarah urusan syarikat pengendali pakej haji.

    Menteri Hal Ehwal Ugama, Menteri Pertahanan II dan Menteri Kesihatan mengucapakan selamat belayar kepada bakal jemaah haji penerbangan terakhir.
    Ahli keluarga yang hadir mengucapakan selamat belayar kepada keluarga yang menunaikan ibadah haji.
    Pasangan suami isteri, Awang Mustapa dan Dayang Lailawati berharap akan mendapat haji yang mabrur.

    Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat manakala lafaz azan dilaungkan oleh Mudim Haji Abdul Latif bin Haji Saman.

    Sementara dalam temu bual bersama beberapa jemaah haji, sebahagiannya melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menjadi tetamu Allah S.W.T untuk musim haji tahun ini.

    Turut ditemu bual ialah pasangan suami isteri, Awang Mustapa bin Haji Damit dan Dayang Lailawati binti Haji Yahya yang teruja dengan pengalaman pertama mengerjakan haji dan berharap amal ibadat dilaksanakan kelak mendapat keberkatan dan mendapat haji yang mabrur.

    Pasangan ini menjelaskan, hasrat untuk menunaikan ibadah haji ini sudah lama terpendam dan mereka mula membuat simpanan kewangan untuk menjadi tetamu Allah SWT sejak tahun 2015 dan hasrat tersebut dimakbulkan Allah untuk menjadi tetamunya untuk musim haji tahun ini.

    Sementara itu, Malai Rabiah binti Sheikh Nikman pula telah menangguhkan untuk menunaikan ibadah haji setahun yang lalu dan baru tahun ini hasrat tersebut terlaksana untuk menunaikan ibadah haji.

    Beliau menunaikan ibadah haji bersama lima orang ahli keluarga yang lain itu turut menjelaskan, tambang haji ini adalah hasil simpanan yang lama dikhususkan untuk menunaikan ibadah haji.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/