Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan ketiga Kontinjen MALBATT selamat berlepas

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Penerbangan ketiga Kontinjen MALBATT 850-12 untuk misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang terdiri daripada 207 anggota MALBATT 850-12 termasuk sembilan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah selamat berlepas kelmarin menggunakan pesawat Batik Air Airbus A330-300.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, hari ini, hadir pada majlis pemergian itu ialah Penolong Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Dato’ Tong Veng Leong TUDM.

    Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, pegawai-pegawai kanan ATM serta ahli keluarga kontinjen yang akan berlepas.

    Upacara dimulai dengan tabik hormat daripada kontinjen, diikuti dengan lagu ATM serta ucapan daripada tetamu kehormat.

    Upacara perbarisan diakhiri dengan laungan ‘Gempur Wira’ dan disusuli dengan bacaan doa.

    Penerbangan yang terakhir bagi kontinjen MALBATT 850-12 dijadualkan berlepas dari Malaysia ke Lubnan pada 18 November.

    Anggota ABDB daripada Kontinjen MALBATT 850-12 bergambar ramai sebelum berlepas ke Lubnan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda