Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ajaneesh Kumar dan pegawai-pegawai dari misi berkenaan bergambar ramai bersama beberapa warga India yang dihantar balik ke India menaiki penerbangan khas ke-13 yang dikendalikan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), kelmarin.
Penerbangan ke Coimbatore, Tamil Nadu, India itu seramai 140 orang penumpang dengan kebanyakannya warga India yang pulang selepas menamatkan kontrak mereka. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam