KUCHING, 27 NOV – Penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak dijangka disambung semula tahun depan, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin.
Beliau berkata Indonesia secara prinsipnya bersetuju untuk pengoperasian penerbangan berkenaan pada Mesyuarat Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) yang diadakan bulan lepas.
“Bagaimanapun, bila (tarikh pengoperasian) penerbangan itu kita tak tahu dan dari segi kekerapan penerbangan belum dibincangkan tetapi AirAsia sudah menunjukkan (minat) untuk terbang ke laluan ini,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini. – Bernama
