Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan langsung pertama China, Portugal

    LISBON, 27 Julai – Sebuah pesawat udara airbus A300 telah melakukan penerbangan langsung pertama dari wilayah Hangzhou China ke ibu negara Portugis melalui Beijing yang mendarat kelmarin di lapangan terbang Humberto Delgado selepas penerbangan 13 jam.

    Menteri Perancangan dan Infrastuktur Portugis, Pedro Marques berkata pada majlis itu sebagai menandakan peristiwa bahawa pelancaran laluan penerbangan langsung pertama antara kedua-dua negara itu telah menjadi impian kerajaan selama bertahun-tahun.

    Beliau berharap laluan itu akan memperkuatkan peranan Portugal sebagai jambatan antara negara-negara berbahasa China dan Portugis. Duta Besar China ke Portugal Cai Run berkata dalam ucapannya bahawa laluan penerbangan langsung antara China dan Portugal adalah sangat penting bagi pembangunan hubungan dua hala kerana ia akan menggalakkan ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pelancongan antara kedua-dua negara. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda