Wednesday, March 12, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan pertama berlepas dari lapangan terbang Damsyik

    DAMSYIK, 18 DIS – Penerbangan pertama sejak penyingkiran Presiden Syria, Bashar al-Assad berlepas hari ini dari lapangan terbang Damsyik ke Aleppo di utara negara itu.

    Seramai 43 orang termasuk wartawan berada di dalam pesawat Syrian Air Airbus.

    Terdahulu, Assad melarikan diri dari Syria ketika serangan pemberontak dilancarkan pada 27 November lalu, merampas bandar demi bandar daripada kawalannya.

    Berikutan itu, tentera dan pasukan keselamatannya meninggalkan lapangan terbang Damsyik pada 8 Disember dan sehingga hari ini tiada penerbangan berlepas atau mendarat.

    Awal minggu ini, kakitangan lapangan terbang dilihat sedang mengecat badan pesawat dengan bendera kemerdekaan tiga bintang yang menjadi simbol kebangkitan 2011 dan yang diterima pakai oleh pemerintah baharu negara itu.

    Di terminal, bendera baharu itu juga menggantikan bendera yang dikaitkan dengan era Assad. – AFP

    Seorang lelaki mengibarkan bendera Syria ketika penumpang turun dari pesawat Syrian Air yang tiba dari Damsyik, di lapangan terbang bandar utara Aleppo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda